Kelab Isteri Taat Suami

by KC on June 8, 2011

“Apakah yang lebih buruk daripada bekerja sebagai seorang pelacur atau pun penari bogel?

Mengahwini seorang lelaki kaya kerana wangnya, kemudian hamil dengan anak daripada lelaki lain sewaktu masih lagi bergelar isteri kepada lelaki kaya itu.

Sekurang-kurangnya pelacur dan penari bogel jujur bahawa mereka menukarkan akses kepada tubuh mereka (selama beberapa minit) dengan wang lelaki.

Tiada pihak yang terluka atau tercalar ego mereka.”

Dalam esei ini saya akan bercerita mengapa saya, seorang lelaki bujang berusia 28 tahun, menyokong Kelab Taat Suami.

Sebelum saya huraikan lebih lanjut alasannya, saya ingin memperbetulkan beberapa hujah pihak-pihak yang menentang kelab ini.

Hari ini Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) menyatakan bahawa “isteri bukanlah pekerja seks untuk suami. Tugas seorang isteri adalah mengambil berat tentang suaminya”.

Saya bersetuju bahawa isteri bukan pekerja seks untuk suami.

Jika isteri adalah pekerja seks untuk suami, isteri itu akan diperdagangkan suaminya kepada lelaki lain untuk mendapatkan wang.

Saya ingin tanya kepada Persatuan Peguam Syarie Malaysia, adakah dengan taat kepada suami itu menjadikan seorang perempuan sama taraf dengan pelacur?

Jawapannya sama sekali tentulah tidak!

PGSM melalui Timbalan Presidennya, Musa Awang seterusnya berhujah bahawa seorang suami bertanggungjawab memberikan makanan, perlindungan, pakaian, dan wang kepada isterinya namun ia bukanlah sebagai galang ganti kepada kepada seks.

Whoa!! Andalah lelaki Muslim yang paling mulia dalam Malaysia ini.

Beristeri, memberikan nafkah zahir kepada isteri, dan tidak mengharapkan sebarang nafkah batin daripada isteri yang dikahwini.

Pastinya pengeluar Vaseline dan Fleshlight (link tidak selamat untuk dibuka di pejabat) sangat gembira dengan kewujudan lelaki-lelaki seperti anda.

Ada juga sesetengah pihak yang berhujah kenapa perlu adanya Kelab Taat Suami kalau suami ganas dan selalu pukul isteri.

Saya katakan, memang tiada alasan untuk seorang isteri taat kepada suami kalau suaminya seorang yang ganas dan senang naik tangan.

Perkara terbaik yang perlu dilakukan adalah membuat laporan polis sebaik sahaja dipukul suami, dan gunakan laporan itu untuk memohon pembubaran perkahwinan di mahkamah.

Saya juga yakin bahawa Kelab Taat Suami juga tidak menggalakkan mana-mana isteri untuk terus taat kepada suami kalau mereka berterusan dipukul suaminya.

Saya ingin tanya kepada mereka yang menentang Kelab Taat Suami, apakah antitesis kepada Kelab Taat Suami?

Ia bukan Kelab Suami Setia Kepada Isteri.

Kelab Suami Setia Kepada Isteri adalah pelengkap kepada Kelab Taat Suami.

Saya sendiri tiada masalah dengan Kelab Suami Setia Kepada Isteri. Saya sokong.

Antitesis kepada Kelab Isteri Taat Suami adalah Kelab Isteri Ingkar Suami.

Jadi sekarang ini, cuba angkat tangan jika ada lelaki yang gembira isteri mereka menyertai Kelab Isteri Ingkar Suami?

Tiada?

Ok, mari kita cuba lagi.

Cuba angkat tangan jika ada lelaki yang mahu kahwin dengan anggota Kelab Isteri Ingkar Suami?

Tiada? Ok.

Pada pendapat saya, Kelab Taat Suami ini mengembalikan kehormatan kepada maruah wanita dan mengukuhkan institusi kekeluargaan.

Isteri yang taat kepada suami akan setia kepada suaminya.

Dia tidak akan ‘makan luar’. Suaminya juga tahu bahawa anak yang dilahirkan isterinya sememangnya zuriat beliau dan bukannya anak lelaki lain. Tidak perlu risau untuk buat paternity test setiap kali selepas isterinya melahirkan anak.

Suami yang ada isteri yang taat dan setia juga akan mempunyai hati yang tenang dan mampu bekerja dengan lebih keras untuk membawa pulang lebih banyak wang ke rumah.

Pada masa yang sama, isteri yang taat kepada suami juga tidak bermakna mereka merendah-rendahkan martabat wanita sebagaimana lelaki yang setia kepada isteri mereka juga tidak bermakna mereka merendah-rendahkan martabat lelaki.

Ada yang berhujah, isteri yang taat kepada suami meletakkan taraf mereka bererti mereka tidak sama taraf dengan suami mereka.

Hakikatnya, suami dan isteri tidak akan pernah setaraf.

Dalam mana-mana hubungan, tidak akan pernah ada hubungan yang sama taraf.

Hubungan yang sama taraf ibarat situasi ideal yang wujud apabila semuanya sempurna.

Masih ingat sains Tingkatan Tiga apabila kita diberitahu guru-guru bahawa air akan mendidih pada suhu 100 darjah Celcius?

Namun apabila kita melakukan ujikaji, air yang kita guna pada kebanyakan masa akan mendidih pada suhu kurang daripada 100 darjah Celcius atau pun lebih daripada 100 darjah Celcius kerana kehadiran benda-benda asing dalam air.

Kita tahu dan terima hakikat bahawa untuk air mendidih pada suhu 100 darjah Celcius adalah sesuatu yang ideal semata-mata, realitinya berbeza.

Begitu juga dengan perhubungan. Dalam setiap hubungan ada pihak yang dominan dan ada pihak yang submissif.

Ada perkahwinan yang suaminya terpaksa merayu kepada isteri setiap kali mahu mengadakan hubungan badan. Dalam kes sebegini, isterinya memegang ‘kuasa’ yang lebih berbanding suaminya. Isterinya lebih dominan berbanding suami.

Ada juga perkahwinan yang suaminya terpaksa memberikan kesemua gaji kepada isterinya. Dalam kes ini si suami ‘taat’ kepada isterinya dan mereka tentunya tidak setaraf. Isterinya lebih dominan berbanding suami.

Secara biologinya, perempuan mahu ‘tunduk patuh’ kepada lelaki yang mereka cintai.

Mereka penat menjadi perempuan yang tegas dan berkuasa di tempat kerja dan dalam dunia di luar rumah.

Apabila mereka pulang ke rumah, mereka mahu bersantai dan berasa selamat dibelai dan berada dalam jagaan seorang lelaki yang bergelar suami.

Mereka pastinya mahu berehat daripada menjadi ‘kuat’ menghadapi dunia luar yang kompetitif dan kejam.

Salah satu cara terbaik berbuat demikian adalah dengan berehat dan tunduk patuh taat kepada suami. ;-)

 

-Buluh Perindu-

P.S- Saya sengaja membiarkan esei ini sedikit tergantung agar ia boleh dibincangkan dengan lebih lanjut.

Jika anda ada pendapat yang ingin diluahkan, sila tinggalkan komen di bawah.

Lebih baik lagi jika anda tulis satu masukan di blog anda dan link-kan kepada esei saya ini.

Saya akan highlight mana-mana masukan yang blog anda yang saya rasakan menarik pada masa akan datang.

{ 46 comments… read them below or add one }

Sabarina June 8, 2011 at 11:18 pm

Syabas Kelab Taat Suami. Ia menyedarkan dunia yang sudah berkecamuk kerana suami dah tak jadi dominan, isteri dah tak jadi submissif (patuh). Walhal, itulah yang sepatutnya berlaku. Tak terfikir ke kita kekurangan pemimpin2 lelaki hebat di kalangan generasi muda ialah akibat wanita sudah mula jadi dominan? Inilah kesan gerakan tajaan Yahudi seperti Women’s Lib dan seumpamanya. Apa erti dapat melahirkan seorang dua pemimpin wanita yang hebat tapi melenyapkan beribu pemimpin lelaki hebat yang lain? Agak2 boleh ke sebuah negara dipimpin oleh perdana menteri dan menteri2 wanita semuanya? Kalaulah berlaku penindasan kpd wanita, caranya bukan mensetarafkan wanita dgn lelaki, tetapi mendidik lelaki supaya lebih berkasih sayang dan bertanggungjawab, bukannya melucutkan atau mengurangkan kepatuhan dan ketaatan seorang isteri. Akibatnya lelaki menjadi semakin tidak bertanggungjawab kerana merasakan dirinya tidak berapa diperlukan lagi.
Rasanya terlalu dangkal kalau mengatakan KTS bermaksud isteri adalah semata2 seorang pekerja seks kpd suami. Samalah juga kalau kita katakan seorang isteri adalah seorang penjaga kepada anak-anak suaminya yang baik. Adakah ini bermakna seorang isteri itu hanya menjadi penjaga kepada anak-anak suaminya dan tidak lebih dari itu? Ataukah ia bermaksud dia bekerja sebagai penjaga kepada anak suaminya sebagai ganti kepada nafkahnya?
Sebenarnya mereka yang menentang ialah suami yang dah takut bini….. Kalau sokong KTS, tentulah bininya akan mengamuk. Ataupun para suami yang dengki kerana mereka tidak memiliki isteri yang dilagangkan KTS!

Reply

Buluh Perindu June 8, 2011 at 11:59 pm

“Kalaulah berlaku penindasan kpd wanita, caranya bukan mensetarafkan wanita dgn lelaki, tetapi mendidik lelaki supaya lebih berkasih sayang dan bertanggungjawab, bukannya melucutkan atau mengurangkan kepatuhan dan ketaatan seorang isteri” –> Saya sangat bersetuju dengan kenyataan ini. Terima kasih kerana berkunjung ke sini.

Reply

Tem June 9, 2011 at 4:18 pm

My 2 cents – I’m all for Kelab Isteri Taat Suami….thus, I must also be in the Kelab Suami Setia pada Isteri…my view is, find a wife that really is for you-the one you’re crazy about from day one sampai end of days, jangan guna teknik cuba jaya dalam mencari isteri,hehehe…that way, it’ll be easier to be a member of Kelab Suami Setia pada Isteri without losing membership after just a few years of marriage…

Fadli, bile nk lepak minum nih?hehehe… regards, tem.

Reply

Buluh Perindu June 9, 2011 at 6:55 pm

“My view is, find a wife that really is for you- the one you’re crazy about from day one sampai end of days, jangan guna teknik cuba jaya dalam mencari isteri” – Ditto Tem..Btw, roger jelah kalau nak minum-minum..takkanlah minum-minum je..dinner ke lunch ke OK jugak… ;-)

Reply

Yurina L June 10, 2011 at 7:49 am

KC gave a good explanation on Kelab Isteri Taat Suami. personally feel that u should be ulama or Islam philosopher something like that, much better explanation given rather than those appeared in the newspaper. I think pretty true that all girl want to rest and pampered at home, put down their mask and yeah, taat kepada suami .. hahahaha.. well said. Love reading your blog, minimalist guy is pretty cool too, give rather a different perspective on sensitive taboo topics like relationship, sex and etc :)

Reply

Buluh Perindu June 10, 2011 at 1:16 pm

Hey Yurina,
Thanks for visiting. I could not imagine myself becoming an ulama or Islam philosopher..

Reply

Yurina L June 10, 2011 at 7:50 am

and Fleshlight, uhh.. thanks for introducing me to the world of sex toy HAHAHAHAHAHA :P

Reply

Buluh Perindu June 10, 2011 at 1:16 pm

I introduce only, what you do with your knowledge is beyond my responsibility ;-)

Reply

nur June 11, 2011 at 11:01 pm

hmmm..maaflah mnclah..dlam bnyak2 blog yg sye bkak hrini,nmpaknye hnye blog ni yg mmndang klab taat suami scre positif..bgi pndpat BP knpe rkyat ssah nk trime klab ni wlau asas prtubuhannye baik?

Reply

Buluh Perindu June 12, 2011 at 10:24 am

Nur,

Pada pandangan saya, sebahagian orang susah nak terima Kelab Taat Suami kerana kebanyakannya associate taat kepada suami dalam konteks melayan suami di bilik tidur semata-mata.

Ada kesempatan saya akan huraikan dalam esei yang akan datang.

Reply

Faizal Wahi June 12, 2011 at 5:19 am

Salam Buluh Perindu, minta izin share.. dalam banyak2 pandangan mengenai Kelab Taat Suami ni, saya dapati pandangan Tuan berbeza sekali.. its well said. Terima kasih

Reply

Buluh Perindu June 12, 2011 at 10:22 am

Dipersilakan Faizal. Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Buluh Perindu.

Reply

mohd hakim June 12, 2011 at 7:13 am

“Naib Presiden kelab itu, Dr Rohaya Mohamed, dalam sidang akhbarnya mengingatkan golongan isteri supaya patuh dan melayan suami seperti pelacur kelas pertama”

Untuk mencapai taraf sperti yang di atas, si isteri yang taat terpaksa membiarkan si suami mendapatkan khidmat seks dari pelacur kelas pertama dan untuk mendapatkan perbandingan dengan khidmat seks si isteri.

Inilkah maksud statement diatas?

Reply

Buluh Perindu June 12, 2011 at 10:21 am

Saudara Hakim akan bandingkan isteri saudara dengan pelacur kelas pertama?

Reply

mueeza June 12, 2011 at 2:15 pm

as salam adik buluh perindu

saya baca artikel sdr dlm blog heliconia.wordpress.com
tahniah diatas artikel yg hebat!
thesis – kelab taat suami serta anti-thesis – kelab ingkar suami adalah sangat tepat sekali.

“melayan suami SEPERTI pelacur kelas pertama” tu bermaksud biasanya kemana lagi orang lelaki (yg tak hirau halal haram) akan pergi utk memuaskan nafsu kalau bukan ke tempat pelacuran jika mereka tak dapat dirumah melalui isteri mereka. yg berduit jadi sugar daddy – ada perempuan simpanan.
sorry nak cakap – kat thailand tu terkenal dgn apa?
KTS telah mengetuk minda byk pihak akan tanggungjawab asas lagi penting yg sudah dilupakan dlm so-called kehidupan moden – iaitu hubungan intim yg halal.
oleh itu ia telah diambil alih oleh bapak2/mak2 ayam yg sentiasa mengintai peluang “ekonomi” tanpa mengira dosa & pahala – jahat betul mereka ni. ditambah dengan bonzer2, gangster2 dan kongsi2 gelap yg sentiasa membantu aktiviti mereka- jahat dan sangat jahat sekali.

jauh disudut hati, pastinya seorang perempuan tidak mahu menjadi pelacur, tapi atas pelbagai sebab mereka terjebak dlm aktiviti tersebut spt kena tipu, kena jual, dah tak da keja lain dll – nauzubillah.
jadi jgn cuba2 nak langgan pelacur dek kerana KTS ni. juga doakan semoga semua pelacur terutama kat malaysia ni dpt kembali kepangkal jalan.

jauh disudut hati, suami ingin dilayan mesra oleh isteri tapi atas desakan ekonomi jugalah isteri so-called terpaksa keluar membantu mencari rezeki. isteri berada dlm dilema tak tahu camna nak seimbangkan tugas dirumah dan diluar rumah. zaman sekarang kalau isteri tak bekerja – adalah dianggap sangat pelik. dah tak betul dunia ni…
jadi KTS ni diwujudkan utk memberi alternatif bg isteri2 yg mungkin tertekan, murung, histeria dan segala macam masalah utk mendapatkan nasihat.
kalau rasa keluarga tu dah okay dan bahagia – baguslah dan bersyukur. tapi jgn nak halang orang lain yg mungkin memerlukan khidmat dan kaunseling KTS ni.
saya harap agenda KTS ni dpt membantu membanteras pusat2 maksiat yg berleluasa, dah macam cendawan tumbuh tu. geram betul dgn orang2 yg hanya bertuhankan duit sanggup memperdagangkan wanita sesuka hati.

saya berdoa semoga Allah SWT mengurniakan adik buluh perindu isteri solehah yg menjadi srikandi serta bidadari didunia dan akhirat.

terima kasih!

Reply

Buluh Perindu June 12, 2011 at 2:42 pm

Terima kasih kerana berkunjung ke Buluh Perindu.com

Insya Allah, diizin Tuhan saya juga sentiasa mahukan isteri solehah yang menyejukkan hati dunia dan akhirat. ;-)

Reply

Nasya June 13, 2011 at 3:25 pm

Jika kita nak join apa2 kelab yang membawa kepada kebaikan, sangatlah dialu-alukan. cuma pendekatan yang diberikan seperti ada percanggahan dr kata2 yang digunakan dlm ucapan2 atau teks yg diberikan. Andai kata prinsip kelab ni baik, insyaallah, semua akan sokong. cuma, perbaikilah caranya. lebih2 lg dlm setiap kata2 yg diucapkan. wallahualam.

Reply

Buluh Perindu June 13, 2011 at 4:11 pm

Terima kasih kerana berkunjung Nasya.

Cuma seperti pembaca lain, saya kurang jelas dengan papa yang diperkatakan Cik Nasya.

Reply

Harfiz@Bizstudent June 13, 2011 at 5:51 pm

For me,I’m really disagree with this kind of statement! Apa nak jadi kat Malaysia sekarang ni

Reply

Samwan June 14, 2011 at 3:44 pm

Assalamualaikum…
Alhamdulillahi rabbil ‘alamin.

Cuba lihat dari sudut ini pula.
Saidatuna Fatimah terkejut apabila mengetahui dari Rasulullah ada wanita lain yg akan mendahului beliau (Fatimah) apabila masuk syurga kelak. Dalam mengejar garis penamat masuk ke syurga, Beliau tidak puas ada orang lain mendahului sedangkan beliau anak Rasulullah saw. Begitu cintanya beliau kepada akhirat.

Lalu diselidiki beliau dengan berkunjung. kerumah wanita yg dimaksudkan Rasulullah saw. Hari pertama datang, tak dapat masuk. Sebab belum dapat kebenaran suami. Datang hari kedua pun tak dapat masuk, sebab datang dengan sorang anak beliau (tak ingat Hassan atau Hussin). Jadi tak dapat kebenaran suami juga. Dipendekkan cerita, Si suami tidak tahu siapa yg datang, apabila tahu anak Rasulullah saw yg dapat, maka segera diberi kebenaran masuk.

Maka, datanglah Fatimah keesokan harinya untuk mission selidik menyelidiknya. Permulaannya biasa saja. Akan tetapi apabila hampir masa si Suami hendak pulang. Si isteri segera ke muka pintu rumah (rumah dulu jarak agak jauh antara satu sama lain) dengan sebotol air ditangan, rotan disatu tangan lagi sambil menyelak kain.

Pelik perbuatan si isteri itu. Di ditanya Fatimah. Jawapan nya seperti ini.

Air disediakan kalau suaminya haus. Tongkat boleh digunakan untuk merotannya kalau suaminya marah, dan kain diselak sebagai syarat dia bersedia kalau suami berkemahuan.

Si isteri berbuat demikian bukan taat membuta tuli, tetapi taat dengan perintah Allah supaya taat kepada suami. Begitu juga suami kalau hendak berpoligami. Paham dulu perintah Allah lagi bagus mendekati Sang Pencipta sekaligus.

Semoga memberi pengajaran kepada kita semua.

Wassalam

Reply

pelajar June 14, 2011 at 5:13 pm

leh tau tak idea penubuhan kelab ni dari siapa? Menteri terlibat tak.. mungkin otak tak pikir.. 1 Malaysia 1kelab taat suami. sori… tak setuju langsung…

Reply

student June 15, 2011 at 12:24 am

sya rsa xplu lgsg kta join or amik thu psal kelab yg agak terpesong ni..bg sya msuk kelab utk pulih mslh rumah tangga kurang relevan..rsanya lebih baik kita hadiri kuliah agama di masjid yg xwjib byr, juz sumbangan ikhlas utk ustaz yg mgjr..dlm kuliah agama tntg suami isteri pasti byk mnyentuh tntg mcm mna nk pulihkan hbgn suami isteri dn nk mntapkan hbgn suami isteri. mslhnya skrg, org sekarang ni mls nk dgr ceramah agama, xmmndang tggi ilmu agama dlm kehidupan..lebih mnyanjung golongan intelek dr golongan agama..skgkan kta ptut sedar yg tdk smua yg intelek 2 beragama..

Reply

anjangmuor June 15, 2011 at 11:45 pm

Salam, pandangan awk saya minat… Pada saya disampaikan dgn penuh kesederhanaan. Selamat berkarya. Rohib

Reply

kit June 16, 2011 at 8:21 am

setuju…tinggal satu jalan sahaja untuk isteri meraih cinta Allah dan rasul, taati suami. kerana suami jambatan ke akhirat

Reply

Siti Nor Jaffar June 16, 2011 at 12:29 pm

salam…org yg tak setuju dgn KTS ini adalah org yg berfikiran negatif…apapun,isteri mmg WAJIB taatkan suaminya krn suami itu adalah pemimpin,ketua dan syurga isteri adalah di bawah telapak kaki suami…redha Allah adalah dengan redha suami…

Reply

Shahrin June 17, 2011 at 2:08 am

Salam Ukhwah kepada Saudara BP,

Syabas kerana jejaka semuda anda sudah bisa mengupas persoalan kontrovesi KTS yang disensasi oleh sesetengah pihak yang kurang faham tentang signifikasi penubuhan KTS terhadap sesebuah institusi perkahwinan islam.

Syukran

Shahrin

Reply

Aiman Nabila June 20, 2011 at 12:15 pm
das June 20, 2011 at 2:31 pm

taat suruhan Tuhan bukan ajakan manusia, tak ikut suruhan Tuhan bermakna derhaka kepada Tuhan mudah kan , ni jwpan yg Tuhan bg dalam Alquran naper nak mempertikai. sedar wahai insan sjujur sekarang wanita dizaman ini kebayakannya sudah terlalu rosak akhlaknya , fikir-fikirlah

Reply

Buluh Perindu June 20, 2011 at 5:02 pm

Walaupun begitu, saya kurang setuju dengan pandangan saudara bahawa ‘wanita di zaman ini kebanyakannya sudah terlalu rosak akhlaknya’…

Reply

EMMA June 20, 2011 at 4:15 pm

Pertama kali saya dengar tentang kelab isteri taat suami, saya salah seorang yang amat gembira….kerana dulunya saya dikategorikan sebagai seorang isteri yang lupa diri dan kedudukan saya sebagai isteri hinggalah saya diuji oleh Allah swt…betapa hebatnya ujian ini…dan kini saya mencari keredhaanNYA dalam setiap perbuatan dan perkhidmatan saya kepada suami…kerana saya tahu kelab ini akan dapat berkongsi sesama isteri bagaimana kita mencari sesuatu perkara yang menyenangkan dan menyejukkan hati suami dan sama-sama mempraktikkan agar rumahtangga sentiasa dirahmati olehNYA..Insyaallah…

Reply

kit June 20, 2011 at 5:39 pm

student: apa saja amalan kita kalau lillahi taala. Akan jadi ibadah. dapat pahala. dapat kasih sayang Allah. Nak dalami ilmu Allah di mana-mana pun boleh. bagus sangt cadangan awak tu. Boleh lah kelab KTS tu ikuti ceramah agama beramai-ramai. kalau tidak sunyi je masjid. Bila ada kelab begini. Saling kuat-menguatkan…lebih meriah…orang bukan islam pun dapat tengok syiar Islam:)

Reply

sumaiyah June 20, 2011 at 9:41 pm

salam ….saya setuju dgn KTS ni,cuma kata2 seperti layan suami mcm pelacur tu saya tak setuju….lelaki yang soleh…dia sentiasa menerima kekurangan isterinya…dan berterima kasih dgn pemberian isteri…walaupun isterinya tak memberi yang terbaik dia akan menampungnya…

saya pelik…dorang kata suh isteri layan suami mcm pelacur layan…diorang penah tengok ke pelacur kelas atasan layan macamana?saya pun tak tau….
takut2 tengok vidoe xxxx banyak sangat tu yang dok imagine macam2….pelacur kelas atasan….eiii,geli nak nyebutnnya…maaf…

sex ni adalah fitrah semulajadi…orang tua2 dulu…kawin awal…umo belasan…elok je sampai ke tua…bila kawin seorang adam dan hawa….pandailah depa nak buat mcmana sbb Allah dah bagi itu satu fitrah….orang buta kawin sama orang buta…elok je…takdepun nak cari lain…walaupun tak layan suami mcm pelacur…

pendapat saya…suami yang minta mcm tu…mgkin banyak tengok benda2 yang tak elok…yang mudah dpt di pasaran skg…sbb tulah bila dia tengok video xxxx…dia pun naklah isteri dia buat mcm tu….

kesimpulanya…suami yang soleh…Allah sentiasa hindarkan dia berbuat maksiat…dia sentiasa menundukkan nafsunya dengan bersembahyang,wirid,puasa….bukan menggemukkan nafsunya…..dia tak kisah isterinya layan dengan cara apa…yang penting menuntuti fitrah masing2 itu dah mencukupi…suami yang soleh sentiasa sibuk memikirkan keselamatan diri,isteri anak dan masyarakat…tak sempat nak pikir benda2 lain…..

Reply

sentiase taat November 30, 2011 at 11:49 am

setuju..
menyamakan layanan seperti pelacur kelas pertama sy rs tak kena nama nye tu..
nk kena tgk video pelacur kelas pertama ke br tahu cmne,… guna la perumpamaan yg lain..

Reply

das June 21, 2011 at 12:23 pm

ni akhir zaman , dlm hadis pun ada ckp di akhir zaman berlakunya perempuan menyerupai laki, laki menyerupai perempuan, perempuan lebih ramai dari laki, mak melahirkan ‘tuan’. tgok la di ceritakan kebayakan penghuni neraka adalah dikalangan perempuan , ini dibuktikan sekarang byknya berlaku pembuagan bayi, perzinaan dan byk lagi, salahkah kalau kita merasai kerisauan ini tak salah kan dgn merasa bersalah kita akan tunai tanggungjawap kita pd masyarakat semampu boleh bermula dari keluarga , maaf sekiranya statement ini menganggu sentimen sesape …

Reply

das June 21, 2011 at 12:45 pm

tambahan suami itu pemimpin , isteri itu pengikut, sebab tue dalam islam lelaki yg mengimani perempuan bukan sebaliknya. Tuhan bekal jiwa dan fizikal lelaki tue sesuai dengan keupayaan lelaki yg T pilih sebagai pemimpin, sebaliknya juga perempuan jd kan jiwa seorg perempuan itu lembut ,cekal, tabah serta lainya sebagai sayap kiri perjuangan utk lelaki, dua dua mempunyai peranan yg berbeza tp bertemu iaitu membina satu keluarga yg harmoni lg dirahmati Tuhan . Masing masing mestilah m,emainkan peranan masing-masing dengan sebaik mungkin demi mendapat cinta Tuhan, bila Tuhan redha ngan kita maka Tuhan turunkan rahmat pada keluarga trsebut. Tugas isteri yang utama tersebut dalam alquran taat kpd allah , rasul , jaga maruah diri, serta taat kepada suami. Sekiranya kesemua tugas ini dipenuhi maka layakla mereka memasuki pintu syrga dr mana mana bahagian , nah tengok la bertapa kasih sayang T memuliakan wanita dengan memunihi kretrea ini mereka bolehmasuk syurga. berbeza bagi suami yang perlu mendidik keluarga, menjga keluarga , mengggalas segala tanggungjawad yg diamanah kan Tuhan padanya , jika dia gagal ahli keluarga nya berhak meminta pertangungan diakhirat nanti bukan senang sangat berat. mesti didik diri anak dan isteri supaya ikut suruhan Tuhan , dan sebagai nya, Alngkah bahagiannya sekiranya para suami dan steri dapat menjalan kan peranan mereka sebaiknya sehinngga melahirkan keluarga yg sakinah SEMUANYA BERMULA DR CINTA DAN TAKUT TUHAN. mzb, time ksh

Reply

sumaiyah June 22, 2011 at 11:45 am

(kenapa artikel saya tak disiarkan?)lelaki yang soleh…dia akan terima dan berterima kasih pada apa sahaja pemberian isteri…lelaki yang soleh dia tidak akan membesarkan nafsunya…malah mengawal nafsunya dengan banyakkan sembahyang,zikir,puasa dsbg……saya tak berapa set…uju kenyataan…adalah salah si isteri,tak dapat melayan suami mcm pelacur kelas atasan menyebabkan suami curang……….soal nak curang atau tidak itu bukan bergantung pada layanan isteri saya rasa…sebab kalau si isteri dah layan bagus mcmana pun kalau suami tu nak curang dia curang jugak…..suami yang soleh…Allah akan pelihara dia dari maksiat….

pelacur dia melayan tanpa rasa kasih sayang mcm isteri……semua dia hentam…yang penting customer puas…halal haram semua dia tabuh……

sex ini satu fitrah yang Allah berikan pada semua manusia…orang dulu2…mak yah kawinkan waktu umur belasan tahun…boleh dapat anak….sex ni satu benda yang tak payah diajar pun….orang dulu2 bertahan sampai tua…tak cari yang lain pun…..macam orang buta kawin sama buta….dapat anak juga….tak cari lain pun….

fikirkanlah untuk para isteri yang kurang menawan…malu rasanya mereka nak bergoyang2 spt pelacur depan suami…..takut suami meluat….cukuplah sekadar tuntuti fitrah masing2

saya rasa suami yang nak isteri dia lebih2….sebab dia banyak tengok video lucah….sebab tu duk sibuk nak isteri layan macam yang dia dah tengok tu…….kalau dia tak tengok video lucah…mcmnana dia tau pelacur tu layan macammana BF lah…HF..lah…mende apa pulak tuh….orang dulu2 tv pun takdak…sbb tulah mereka lebih terkawal nafsunya….

kesimpulan saya….si suami yang baik dan soleh…walau mcmana kekurangan yang diberi isteri dia terima dan sentiasa menundukkan nafsunya dengan bersembahyang,berzikir ,puasa…maka orang2 macam ini Allah sentiasa melindungi dia dari membuat kerja2 terkutuk….

Reply

Jazman July 6, 2011 at 6:36 pm

Assalamualaikum.

Kelab Isteri Taat Suami…menarik. Saya setuju dengan bersyarat. Pertama, isteri2 pengasas kelab ini dah ahli2nya, sudahkan mendapat IZIN suami masing2? Kalau belum, segeralah meminta izin dan taatlah kepada keputusan suami. Kedua, Islam meletakkan nilai perempuan itu pada tahap yang sangat tinggi sehingga dikeluarkan hukum supaya auratnya di tutup kerana terlalu mahal untuk ditayang atau diperagakan kepada khalayak ramai. Maka apabila disamakan isteri dengan pelacur kelas pertama, itu agak tidak wajar, walaupun hanya analogi. Dalam Islam, berjimak dengan isteri pun ada cara2, peraturan dan doa2 yg harus dilakukan kerana isteri adalah anugerah dan harus dilayan dengan rasa hormat dan kasih, bukan seperti barang dagangan. Ketiga, perkara pokok yang harus ditekankan di dalam kelab ini adalah hal2 ROHANIAH seperti pemantapan akidah, hal2 tauhid dan fekah, dan bukan hal2 keduniaan semata2 seperti dandanan, ilmu jimak, kesihatan tubuh dan seumpamanya. Akidah yang mantap lebih menjamin kebahgiaan rumahtangga kerana paras rupa, tubuh yang sihat, kecekapan berjimak akan menurun akhirnya. Apa modal memikat suami apabila Allah swt mula menarik semua kelebihan fizikal ini. Suami yang beriman akan sayang isterinya bukan kerana cantik paras rupanya, tetapi cantik akhlaknya. Keempat, usaha ini tidak akan berjaya sekiranya hanya isteri2 sahaja yang berusaha untuk taat kepada suami sedangkan suami2 tidak berusaha meningkatkan ilmu dan iman untuk menjadi suami2 yang sayang isteri dalam ertikata yang sebenar iaitu, suami yang sayang isterinya akan mengeluarkan dirinya dari berada didalam keadaan jahil agama, meningkatkan imannya dengan amalan2 yg digariskan di dalam AlQuran dan Sunnah, sesungguhnya ‘Sebaik2 suami adalah suami yang berlaku baik pada isteri2nya’.

Masalah yang berlaku hari ini adalah berpunca dari kejahilan kedua2 suami isteri. Islam menggariskan sistem berumahtangga yang amat cantik dan sempurna. Malangnya pasangan yang berkahwin tidak dibekalkan dengan ilmu ini secara menyeluruh dan mendalam. Seharusnya diadakan Kelab Bakal2 Suami dan Isteri. Di sini mereka akan dibekalkan dengan ilmu agama berhubung perkahwinan dengan lebih mantap. Kursus Perkahwinan yg dianjurkan oleh pihak Jabatan Agama Islam ternyata tidak berkesan sepenuhnya dan harus dikaji semula pengisian, kaedah penyampaian dan penilaian pesertanya. Kursus lanjutan dan pemantauan selepas berkahwin juga tidak ada. Lepas kawin, semua lupa dan apa yang dipelajari tidak dipraktikkan.

Institusi keluarga harus menjadi agenda utama kerajaan dan bukan isu ekonomi dan pembangunan fizikal semata2.

Wallahwa’lam…

Reply

anon October 14, 2011 at 3:48 pm

salam…. kalau aqidah mereka dalam kelab taat suami dah rosak, apa lagi nak disokong2?? tolong belajar lebih dalam lagi sebelum mengikut atau menyokong sesuatu pendapat atau fikrah….

Reply

albab October 16, 2011 at 10:20 am

terpangil saya untuk bagi kata dua dlm hal KTS ni… sememangnya saya dah lama praktik sistem ‘ketaatan pada suami’ dalam rumah tangga saya ,,saya telah pun beristerii 3 org wanita .. saya tak kawin dg perempuan tapi dg ‘wanita’ … bagi saya kedua dua perwatakan adalah berbeza sama sekali … wanita mempunyai sifat ” ketaatan” pada suami manakala perempuan pula bersifat “dominan” pada suami atau queen control .. ni la fonomena malaysia hari ni … terus terang sya katakan bahawa hampir semua lelaki mempunyai sifat “harimau” atau hari-hari mau… tentunya nk makan yg fresh kalau bole tapi bagi saya “halal” adalah lebih utama daripada makan yg “haram” … jika yg halal tu tak merosakkan rumahtangga yang sedia ada… maka disini pendekatan KTS adalah penyelesaian yang terbaik….dah namanya ‘lelaki’ yang pada fitrahnya memang lebih suka kepada xxxx sebagai makanan utama mereka.. kalau tak .. tak le manusia pertama mati dibunuh kerana “merebut perempuan” …anak adam ….kisah lain tak bole sebut sebab dilarang dlm agama menceritakan hal buruk org lain yg tiada dlm kitab…kini kalau semua wanita faham tugas hakiki mereka di bumi allah ni… aman lah dunia ni…. wanita perlu faham … bahawa ” the woman is belong to one man at all the time” atau dg kata mudah .. wanita tidak bole di miliki oleh dua lelaki pada satu masa .. kalau nk juga .. perlu dicerai dan ada edah… napa lelaki tiada edah ? dah suci baru bole tukar suami lain…. kena kuarintin 4 bulan dulu…. wife sya sentiasa hormat dan taat saya… saya sukur dg apa yg allah telah berikan kepada saya ….saya dah ada anak 12 org … aman bahagia semua nya …

Reply

AsmadieAnuar October 16, 2011 at 4:35 pm

Bagi saya Kelab Isteri Taat Suami…melambangkan bahawasanya masih ada lagi isteri serta wanita yang beriman pada Allah SWT dan RasulNya.. Islamlah satunya agama yg menaikkan martaat Wanita pada zaman jahiliah.. Allah tidak akan mengizinkan umatNya melakukan perkara yg menzalimi umatnya.. akan tetap ada dikalangan umatnya terperdaya dan percaya akan dakyah musuh Islam..nak poligami pun bukan senang..bukan boleh ikut suka jer.. ada syaratnya…cuma manusia jer yg tak ikut syarat…mereka ikut nafsu..tu yg memburukkan keadaan tu..Isteri semestinya tidak boleh melebih suami… semua org mengakui perumpanaan..Syurga anak ditapak kaki Ibu..tp mcm mana dgn syurga isteri…kan di bawah telapak kaki suami.. suami yg zalim jgnlah di turut.. jd kenapa ada individu nak mempertikaikan Kelab Isteri Taat Suami.. Isteri bukannya Hamba…isteri adalah pasangan..isteri adalah PELENGKAP kepada suaminya..takdak isteri masakan boleh ada anak..begitu juga dgn suami…dalam sebuah kerajaan mana mungkin ada 2 pemimpin… ini adalah pendapat sy..yg saya rasakan betul…Bukan senang menjadi suami dan bukan senang juga menjadi isteri..sama2 la bekerjasama membina rumah tangga yg diberkati Allah….amin

Reply

ijam November 2, 2011 at 3:48 pm

Assalam…

KTS perlu lebih degil dlm mempertahankan apa yg sedang dijalankan..tidak boleh tunduk dgn apa tekanan sekali pun…Nabi pernah berkata…andai dibolehkan manusia menyembah manusia…akan Ku suruh para isteri menyembah suaminya…(betulkan jika salah yer)….cuba kita tgk kaum india….betapa hormatnya,taatnya seorang isteri kpd suaminya….x malu ker kita yg mengaku islam tetapi tidak mampu mengikut ajarannya…
HIDUP KTS….

Reply

kay November 3, 2011 at 9:56 am

salam apa -apa yang kita lakukan hendaklah berlandaskan Al-Quran dan Hadis , biarpun hanya pendapat kerana ALLAH sentiasa berada disisi anda walau pun anda lupa pada NYA, Kembalilah kepada Al Quran , gunakan sebagai panduan hidup kerana ianya lengkap, itu sunnah, jangan pakai logik akal sahaja. berdosa tuuuuuu…. pelajarilah , kajilah , klu tak tahu carilah guru wasallam

Reply

ariana November 3, 2011 at 12:28 pm

Sudah2 la dari terus membiarkan Agama Islam dihina masyarakat bukan Islam . Nampak sgt perkahwinan pada ahli kelab taat suami ni menjurus pada halatuju sex semata2. Adakah yang hilang kemampuan sex tidak layak lagi untuk menjadi seorang isteri yang taat. Klu anda sudi memilih untuk hidup berpoligami jgn la berbangga sgt sbb anda rasa hebat.

Perlu ingat Allah kata kawin 4 klu mampu klu takut tidak mampu berlaku adil kawin la dgn seorg wanita sahaja. So x ada mulianya kesanggupan anda mengambil atau kawin dgn suami org. Tanya la diri sendiri kenapa anda ambil suami orang, ada x org bujang yg melamar anda. Lihat berbagai aspek jgn asyik mendabik dada mencanang perintah Allah mengikut naluri sendiri senhingga isteri disama taraf dgn pelacur. Adakah suami anda pernah mendapat layanan pelacur sehingga anda tahu bagaimana layanan pelacur kelas atasan itu. Kesiannya setelah sekian lama Nabi SAW kita memperjuangkan maruah wanita, wanita mcm anda semua pula yg menjatuhkannya. Klu anda seorang pelacur untuk suami anda , sy amat bersimpati sbb sy hidup sebagai permaisuri utk suami sy dan sy percaya ramai lagi di luar sana sama mcm sy;

Reply

mohammad zulfakar December 5, 2011 at 11:01 pm

kenapa pula isteri di samakan dengan pelacur,masyaallah rendahnya taraf wanita..

Reply

Ras2011 December 6, 2011 at 4:51 pm

Asslm.daripada Kelab Isteri Taat Suami ni ade lebih baik xde langsung..bukan ape say a Ada terbaca sebuah buku mengenai akhirat,di alam barzakh yg penulis nye menulis mengenai lelaki2 zaman skrg dah terbalik Dari zaman nabi dulu.dulu perempuan2 jahiliah bnyk membuat maksiat n jahil mengenai agama,lelaki2nya pula bagitu teguh mengikuti ajaran agama sebagaimana yg nabi bawa,tetapi skrg ramai lelaki2 yg jahil mengenai agama n enggan belajar agama sedangkan ramai wanita(isteri2)skrg belajar d kelas2 agama d mane2masjid terutama d kl n selangor ni.ustaz say a sendiri mengaku yg semua kelas agama yg d adakan perempuan saje yg dtg,suami2 x nak dtg belajar..Padang say a dlm rumahtangga ni suamiisteri ken a tau agama n belajar agama.x
payah kelab2 …

Reply

Jo February 13, 2012 at 12:54 pm

Salam,

i. Bagaimanakah tuan-tuan tahu yang pelacur kelas pertama memberikan kepuasan yang terbaik berbanding pelacur kelas 3.
ii. Apakah beza pelacur kelas pertama dan pelacur kelas 3.
iii. Bagaimanakah kita nak praktikan isteri mengikut kaedah pelacur kelas pertama sedangkan kita lelaki tidak ada pengalaman dengan pelacur pon.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: