10 April lalu saya genap 30 tahun.
Bersempena dengan genapnya saya berumur 30 tahun, berikut adalah 30 perkara tentang saya yang anda tak perlu tahu.
Bukan reverse psychology, tapi saya cuma bagi amaran. Kalau anda tak baca pun tak rugi.
Tapi kalau anda nak baca juga, apabila dah habis baca, follow-lah saya di Twitter ya!
30 perkara tentang saya yang anda tak perlu tahu:
1. Masih ada dua gigi geraham bongsu yang belum dicabut.
2. Cuma ada dua pasang kasut iaitu kasut kulit dan kasut lari. Kasut kulit itu dinamakan kasut ‘cari makan’.
3. Pengkhususan di universiti dahulu adalah Perakaunan. Oleh kerana rajin, saya menghabiskan lima tahun menamatkan kursus tersebut.
4. Belajar menjimatkan ruang almari baju dengan gulung seluar dalam jadi bentuk bunjut daripada seorang polis wanita Cawangan Khas.
5. Pramugara, promoter parti dan DJ adalah antara pekerjaan yang pernah menjadi cita-cita.
6. Mempunyai impian membangunkan sebuah ashram di Brickfields.
7. Pernah diserang kemurungan (depression) sebanyak dua kali.
8. Makanan deep-fried adalah makanan kegemaran.
9. Sentiasa ada dua pekerjaan pada satu-satu masa. Di Pulau Pinang, saya bekerja sambilan dengan menjual tiket pertaruhan lumba kuda di Penang Turf Club.
Sekarang saya buat kerja transcreation iklan pada masa lapang.
10. Percaya kepada Law of Attraction dan kuasa minda bawah sedar.
11. Simpati kepada gerakan Al-Arqam tetapi menolak pendirian anti-Syiah mereka.
12. Nasi lemak dan teh tarik Riverside Cafe PWTC sangat sedap. Satu sebab yang bagus untuk saya sayangkan Umno.
13. Meneroka komuniti Pick Up Artist bermula tahun 2008.
14. Belajar di sebuah akademi dating berpengkalan di Singapura selama setahun.
15. Tidak minum dan merokok.
16. Telah bekerja selama setahun dua bulan di Malaysiakini dan belum pernah mengambil cuti sakit (Nota: Harap bos baca).
17. Dr Mohd Asri Zainal Abidin, Lokman Adam, dan TMJ adalah antara yang block saya di Twitter. Dr Asri block saya lepas saya usik dia follow Maya Karin di Twitter.
18. Pernah mencuba terjunan bungee. Seterusnya mahu cuba skydiving.
19. Ayah seorang anggota polis.
20. Tidak begitu mahir dengan perkara IT dan perkara teknikal melibatkan motor dan kereta.
21. Tidak memandu kereta.
22. Masih menyimpan cita-cita untuk jadi modern day nomad.
23. Masih berharap satu hari nanti akan didekati organisasi rahsia untuk direkrut sebagai pengintip.
24. Sentiasa disangka seorang Cina.
25. Tak suka penguasa agama.
26. Pet peeve: Orang buang sampah merata-rata.
27. Nak jadi penulis esei hebat macam Christopher Hitchens, Pico Iyer atau Anais Nin.
28. ‘KC’ dalam ‘Ahmad Fadli KC’ tiada maksud khusus. For fun saya selalunya beritahu orang ‘KC’ adalah kependekan untuk ‘kuli Cina’ atau ‘kasanova Cinta’.
29. ‘KC Teruna Wangi’ adalah nama gelanggang saya. Kalau suatu hari nanti saya masuk MMA, saya akan dikenali sebagai ‘KC Teruna Wangi’.
30. Cinta perlui ditulis dengan huruf C besar.
Sekian.

